Friday, April 29, 2011

CARA-CARA MENGcover MALU!!~~

Kalau Tersepak Batu
jangan terus menjerit tapi tahan je kesakitan tu sampai di kawasan yang takde orang. kat situ lantak korang la nak menangis ke, nak maki batu tu ke...sukati korang la.

Kalau Terjatuh Basikal
cepat-cepat naik basikal korang semula dan kemudian korang jatuh la lagi berkali-kali supaya orang ingat korang orang gila. tak pun korang saja buat lawak bodoh.

Kalau Jatuh Berguling
korang jangan terus bangusn, sebaliknya korang teruskan baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. lepas tu baru bangun takde orang nampak.

Kalau Terjatuh Tangga.
korang terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus. bila orang tengok dah naik seram dan takut....kompom diorang cabut lari. lepas tu baru la korang pulak cabut lari dari kawasan tersebut.

Kalau Terjatuh Dalam Longkang.
buat-buat la korang tengah betulkan saliran longkang tu, tak pun pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat. pasti orang menyangka anda seorang yang amat perihatin terhadap kebersihan.

Kalau Jatuh Naik Bas.
jeritlah kuat-kuat..."oi!Apa tolak-tolak ni?!Tak boleh tunggu ke?!Tolak-tolak pulak!Tengok, kan aku dah jatuh!" walaupun takde orang di belakang korang.

Kalau Terjatuh Di Depan Bus Stop
haa yang ni memang malu gilerni, jadi korang terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu korang. kalo takde baring terus sampai malam sehingga takde orang kat bus stop tu. nilah masa sesuai untuk bangun semula.

Kalau Tergelincir Kat Lantai Yang Licin.
tarik la kawan atau sesiapa sahaja yang ada kat sebelah korang untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah korang sorang je yang dapat malu. kan..kan..kan?

p/s: lawak ni diambil daripada MAJALAH KESUKAAN AKU
+
+
+
UJANG!!!~~

No comments:

Post a Comment